My Vacations 2017.... Kia Ora - Part 2

Entah ler wehh.. Bercinta sangat aku nak habiskan travellong ke Korea yang hampir dua tahun lepas tu. Macam tak mampu lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa memori di sana yang semakin pudar untuk diingati. Rugi rasanya.

Orait hampir 6 bulan lalu aku ada maklumkan mengenai percutian ke New Zealand bulan April 2017 yang akan datang nie. Sepanjang tempoh ini juga lah aku memerah keringat dan daya usaha menyiapkan itinerary terbaik dengan kos seciput mungkin dan memenuhi permintaan sahabat-sahabat aku yang lain. Finally inshaAllah itinerary tersebut approved oleh semua sahabat-sahabat setelah didebat di meja bulat.

Tak sabaarrrr... New Zealand Ohsemmm

Banyak perancangan awal yang diimpi terpaksa dikuburkan akibat budget yang agak besar dan kondisi permintaan sahabat-sahabat aku yang lain. Contoh impian menaiki cruise dari Wellington (Pulau Utara) ke Picton (Pulau Selatan) diketepikan kerana kos kereta yang tinggi. Terdapat charge tambahan lebih dari NZD100 sekiranya kereta tidak dipulangkan di tempat pickup asal walaupun dibenarkan untuk drop car di sana. 

Next impian aku menawan Tongariro Alpine Crossing pun tidak dapat diteruskan. Salah seorang sahabat aku tidak berkemampuan dan kurang berminat untuk ke sana. Dia tak larang pun untuk kami meneruskan perancangan tu. Tapi bagi aku biarlah semua buat bersama-sama.... gitewwwww. Hahahahaha. Lagi pun aku ada pikir yang mungkin idea untuk hiking di Tongariro tidak sesuai lebih lagi dibuat awal perjalanan kami di sana. Nanti kejadian yang sama seperti aku hiking Hallasan. Sepanjang trip kaki sakit dan pergerakan terbatas.


Sebahagian daripada Itinerary
Final itinerary aku di NZ nanti sepanjang 4hb - 18hb April ialah seperti berikut:

4hb April = 11.55 PM terbang dari KLIA2 ke Auckland thru Air Asia X D7 206
5hb April = 4.10 PM dijangka sampai di Airport Auckland (Bermalam di Airport)
6hb April = 6.40 PM Fly ke Christchurch thru Jetsar. Christchurch - Asburton - Temuka - Timaru - Oamaru - Moeraki - Palmeston - Dunedin (Bermalan di Dunedin)
7hb April =   Dunedin – Milton – Kaka Point- Nugget Point – Owaka – Purakanui Falls – Papatowai – Curio Bay – Invercargill –Te Anau (Southern Scenic Road) (Bermalam di Te Anau)
8hb April =  Te Anau - Midford Sound - Queenstown (Bermalam di Queenstown)
9hb April =  Queenstown - Glenorchy - Arrowtown - Wanaka (Bermalam di Lake Hawea)
10hb April = Lake Hawea - Wanaka - Omarama-Twizel-Lake Pukaki-Twizel (Bermalam di Twizel)
11hb April = Twizel - Hooker Valley - Lake Tekapo (Bermalam di Lake Tekapo)
12hb April = Lake Tekapo - Dam Lake Opahu - Fairlie (Bermalam di Fairlie)
13hb April = Fairlie - Castle Hill - Greymouth (Bermalam di Greymouth)
14hb April = Greymouth - Christchurch (Bermalam di Christchurch)
15hb April = 6.30 AM Fly to Auckland thru Jetstar.  Auckland Airport - Rotorua-Taupo (Bermalam di Taupo)
16hb April = Lake Taupo - Tongariro - Taranaki - New Plymouth (Bermalam di New Plymouth)
17hb April = New Plymouth - Matamata - Auckland (Bermalam di Auckland)
18hb April = Pusing Bandar Auckland. Fly ke KL 7.30 PM thru Air Asia X


Perjalanan yang akan dilalui sepanjang menjelajah Pulau Selatan... Gluuuuppp 2,214km kome oiiiiii...
Pulau Utara pula.... Jauhnya 4hari lebih 1000km... Mampukah nanti.

Berpeluh juga aku bila tengok road aku thru google map nie hahahaha.. Ok pasal kereta sewa pula kami dah booking dengan harga yang agak mahal. Dah habis pikir ambil rate sewa kereta nie. Paling murah yang dapat kami cari beramai-ramai. Pulau Selatan macam biasa seperti kebanyakan orang lain akan sewa dengan company Shoestring. Large car untuk 9 hari NZD351 bersamaan NZD39 sehari. Tak tahu lah jenis kereta apa nanti yang akan kami dapat. Manakala di Pulau Utara selama 4 hari kami akan menyewa kereta Nissan Tiida dengan company Ace Car Rental. NZD42 sehari dengan jumlah keseluruhan untuk 4 hari termasuk tambah driver dan charge parking di Airport NZD188.00. Untuk pengetahuan harga nie kami tak ambil sekali dengan insurans cover. Serius takut tapi mengenangkan insurans kereta untuk sehari mahal giler maka kami tawakal membiarkannya. Mujur kawan aku punya Credit Card limit tinggi giler makanya masih mampu lagi cover bond kereta NZD3000. Doa tak jadi apa-apa sepanjang kami di sana. Amin Ya Allah.


Jetstar... tunggu kami datang
Disebabkan perancangan asal untuk ke Pulau Selatan dengan menaiki cruise dari Wellington terpaksa dibatalkan makanya tiket flite ke Christchurch sebagai pilihan. Survey Jetstar pilihan termurah dengan harga return RM328 seorang termasuk bag 20kg. Tapi bila dua tiga hari selepas beli tiket aku rasa perancangan kami beli tiket fly ke Christchurch pada hari yang sama sampai di Auckland 5hb mungkin percaturan yang salah. Walaupun aku ambil flight terakhir ke Christchurch 7.50PM, jarak hanya lebih kurang 4 jam. Kalau apa-apa terjadi sama ada flight delay atau lewat di Kastam satu masalah pula. Doa sangat tak berlaku apa-apa. Namun walau sebaik mana pun perancangan kita, perancangan yang Maha Esa mengatasinya. Dapat email dari Air Asia yang flight kami delay 1 jam dari jadual asal. Gelabah, peluang nak kejar flight ke Christchurch hari yang sama 50-50. Kalau berjaya kejar Alhamdulillah... kalau gagal menangis tak berlagu lah. Tiket burn, kena beli tiket baru yang boleh mencecah lebih RM600 sehala, penginapan malam pertama di Christchurch hangus serta duit sewa kereta hari pertama tetap dikenakan. Bincang............................
Kata sepakat dicapai grab sahaja tiket Jetstar early morning next day. Deal semua dengan company Shoestring tarikh dan waktu ambil kereta, batalkan penginapan malam pertama di Christchurch serta bagi mengurangkan kerugian beli tiket Jetstar baru makanya kami decided tidur di Airport sahaja malam tu. Harga tiket baru Jetstar RM187 seorang termasuk luggage 40kg.

Bagi tempat penginapan semua telah selesai di booking melalui Agoda dan Booking.com hujung bulan 12/2016. Sejujurnya aku lebih suka booking penginapan melalui Agoda kerana lebih murah dan jelas. Hanya satu sahaja melalui Booking.com disebabkan Agoda tiada lagi untuk penginapan di Lake Hawea. Murah juga berbanding lain cuma harga tidak termasuk linen. Kecewa sebab pada mulanya aku perasan terma linen tidak disediakan memang tiada ketika proses booking. Kalau nak linen nanti kena tambah NZD5 seorang huhuhuhu.....

Senarai tempat penginapan serta harga
Actually terdapat perubahan yang terpaksa aku buat untuk penginapan bila seorang sahabat aku tak dapat join journey ke Pulau Utara. Dia terpaksa (Ke????) beli tiket balik yang berlainan sebab harga AA balik waktu sama dengan kami sangat mahal sehingga mencecah RM1.8k. Memang giler bila aku tengok harga tu. Makanya beliau sudah membuat perancangan sendiri fly dari Christchurch ke Sydney dahulu melalui Emirates (Hanaaaaaatttt) dan pusing-pusing di sana beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia (konon). Jauh lebih jimat katanya. Aku tukar 2 tempat penginapan di Pulau Utara sebab Journey kami hanya ber4 sahaja nanti. Tak boleh pula tukar bilangan orang makanya aku batalkan dan booking semula penginapan yang termurah untuk kami ber4. Harga memang naik.

Selain tu aku dah prepare awal-awal senarai makan dan ubatan yang akan dideclare. Senarai menu telah dimuktamatkan. Beli ready mix sauce Brahim,s sahaja senang. Beli di kilang Brahim's Bangi lebih murah dan menjimatkan.


Antara sebahagian list senarai makanan yang telah dibuat.

Kami bawa sahaja makanan yang boleh dibawa dan seboleh mungkin meng'avoid' makanan berasaskan produk tenusu. Tapi ada juga beberapa makanan yang ada tenusu yang kami akan bawa contohnya santan serbuk. Cadangnya nak buat nasi lemak nanti di sana huhuhuhu. Apa-apa pun paling penting kita declare apa yang di bawa. Paling teruk pun diorang buang sahaja. Tak ada lah kena fine sampai beratus-ratus NZD. Aku buat list nie untuk senangkan proses dengan kastam NZ nanti. Hopefully dengan memudahkan kerja diorang diharapkan dipermudahkan juga urusan kami di kastam nanti.

Nampaknya tinggal 4 hari lagi Journey aku ke New Zealand akan bermula. Teruja, tak sabar dan segala macam perasaan ada sekarang nie. Berdoa pada Allah semoga vacation aku kali nie bersama sahabat-sahabat dipermudahkan dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Kalau ada kegigihan boleh ler aku menyimpan kenangan Journey aku ke NZ nanti sebagai tatapan aku dan mungkin untuk rujukan orang lain juga. Doakan kami yea......












Comments

  1. very helpful blog. saya sedang buat preparation ke NZ untuk trip awal bulan 2 nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak