Posts

Showing posts from October, 2016

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 6) Jeju Island : SeongsanIlchulbong - Seopjikoji - Oedolgae Rock (Part 1)

Image
Rupanya dah genap setahun 1 hari vacation aku ke Korea nie. Travellong masih lagi tak siap-siap huhuhu. Masih mampukah aku menghabiskannya?? Entah ler aku try the best untuk abiskan entry travellong nie. Kalau ikutkan setahun yang lalu aku OTW ke Namdaemun nie nak beli baju sejuk huhuhu... Ok lets sambung... Hari ke 2 di Jeju, hari ke 6 di bumi S. Korea. Semalam dah ambil kereta di Airport walaupun badan sangat penat. Banyak drama tapi malas nak cerita panjang.  Bangun awal pagi bersiap-siap untuk kejar sunrise di Seongsan Ilchulbong. Tak sempat say bye-bye kat Damian. Perjalanan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke sana. Yang nyata misi mengejar sunrise tidak berjaya. Sampai sana orang dah mula turun ke bawah. Mata mengantuk dan badan masih lagi penat sambung balik tidur dalam kereta. Sejam kemudian baru lah bergigihan naik tangga ke puncak Ilchulbong.  Awal pagi di Seongsang Ilchulbong Nak mulakkan perjalanan nie. Tengok muka pun tau tengah tahan sakit h

My Vacations 2017.... Kia Ora

Image
Ok nak pecah lubang. Tahun depan ada 2 trips penting yang akan membuat aku gantung diri nak cari duit. Dua-dua tempat nie mahal nak mamposs lagi-lagi la dengan nilai matawang kita yang sangat lemah. Kemana kita nieeeee.............. Kia Ora.. huhuhu.... Bahasa apa tu cer teka cer teka. Siapa yang dah pernah datang ke country nie comfirm dah tau. Aku bagi clue lagi.. Sumber encik Google Jawapannya New Zealand. Yup... kalau tak ada aral yang melintang pukang. Inshaallah bulan April nanti aku akan menjejak kaki ke negara yang digelar Syurga Dunia. Tiket aku dah beli masa AirAsia tengah promo bulan Jun lalu dan dapat harga tiket dalam RM1280 seorang return. Paling murah. Kami akan pergi berlima di mana 3 orang dah beli tiket return, seorang dan beli tiket pergi dan seorang lagi tiket balik. Macam-macam kan? huhu.. Kenapa New Zealand?? Sebab AirAsia mampu merealisasikan impian aku untuk ke sana. Harga tiket yang masih mampu aku beli. Kalau naik flite lain dengan harga

Cheese Cake Cat & The Fiddle, HOPP Cafe

Image
Jumaat lalu aku terbaca artikel dalam forum CARI mengenai keenakan Cheese Cake brand Cat & The Fiddle. Dari pembacaan dan gambar cheese cake yang ditunjukkan memang membuat aku merembes air liur. Nampak sedap, enak dan lazat. Dinyatakan bahawa cheese cake dari Cat & The Fiddle merupakan pilihan no 1 di Singapura. Pembuatan cheese cake ini adalah daripada resepi rahsia Chef terkenal Singapura Daniel Tay ( sori memang aku tak kenal pun siapa beliau nie). Terdapat 4 jenis pilihan cheese cake iaitu Over The Moon ( Newyork ), Queen of Hearts ( Strawberry ), The Modern Duke's Pudding ( Oreo ) dan The Russian Whiskers (Mango). Tetapi kali ini 2 pilihan tambahan disediakan spesial di Malaysia iaitu King Cat of the Mountain (Durian) dan Naughty & Rice (Chocolate). Terus terpikir ini cake yang paling sesuai untuk birthday kawan aku nanti. Kebetulan kami akan berjumpa beliau pada hari ahad. Whatapps Aril tanya pendapat dan send gambar serta info mengenai che