Antara Aku, Lalang dan Rumput...

Boleh bagi tajuk macam itu?? Hahahaha.. Kena story mory juga kisah nie dalam blog sebagai catatan kenangan huhuhu..

Aku lately jarang juga balik rumah kat Shah Alam nie sebab rasa jauh betol dengan tempat kerja. Makanya rumah nie agak tak terjaga dan terbiar. Lagi-lagi ler laman luar rumah aku nie... Masa nak beli gigih lah nak tanah lebih. Nasib lah dapat end lot kalau conner lot tak tahu la apa jadi lagi... So tengok ler laman aku yang permai nie...

Depan rumah.... 

Tanah tepi...

Belakang rumah....
Nampak teruk giler kan?? Teruk sangat-sangat sampai boleh nampak sang kancil.. huhuhu.. Lalang lagi tinggi dari aku tau. Last tak salah potong rumput 6 bulan lepas. Adoii tak tahu ler jiran keliling cakap apa. Tapi dalam group whatapp senyap jew.. krik krik krik....

Bila masuk rumah bahagian dapur ya ampunnn.. debunga lalang penuh dalam rumah. Nampakkan yang lalang dah masuk celah-celah tingkap dapur tu....Tengok cam gini jadi kat rumah, aku stress and sedih ler juga. Dekat sebulan aku tak jenguk. Outstation dan hujung minggu menggunung dan balik kampung. Terabai sungguh la rumah nie.

Makanya memang aku bersilat kemas rumah petang tu sampai ke malam... Sungguh-sungguh aku sapu, mop, sapu, mop, cuci, lap, cuci, lap....Alhamdulillah... permai hati ini bila dalam rumah dah macam hotel 6 star. (Tiada gambar dan tak perlu gambar huhuhu)

Luar rumah macam mana pula?? Esok paginya aku call ler si Golam orang sama potong rumput aku 6 bulan lepas. Dia pun tergelak bila tengok laman aku penuh dengan lalang tinggi. "Abang setahun sekali potong ini rumput ka?? Saya suruh tanam itu rumput karpett tak mahu.. Sekali angkat laa".. Aku diam jew la malas nak layan dia huhu.. Aku minta dia harga untuk cabut semua rumput, sapu dan buang. Dia mintak RM300.. Yela sebab kena cabut lalang tu bukannya potong guna mesin rumput. Pastu aku tanya lagi kalau nak tanam rumput karpet berapa??? Dia quote RM1600.00 dari buang lalang semua sampai tanam rumput. Diam.... krik-krik.. sunyi.. sepi.. bunyi angiiiin...

Dalam otak beberapa saat tu macam-macam pikir... lagi-lagi ler budget.. Last aku say YES.... Sebab aku tak sanggup lagi dah nak tengok rumah jadi macam nie.. Oh nooooo duit budget ke New Zealand aku... Toyak lebat.. Pengsan jap.. sob-sob...

Lepas deal semua katanya akan settle dalam masa 3 hari.. Hari nie dia mesin dan buang jew rumput dan lalang dulu.. Pastu dia balik selepas settle. Tak sampai 2 jam pun huhuhu..

Hilang dah lalang-lalang yang bermaharajalela...

Esoknya pulak dalam pukul 8.30pagi dia bawa geng 2 3 orang untuk buang akar-akar lalang dan korek tanah-tanah semua. Pukul 10.30 pagi settle dia balik... Aihh cepatnya koje mengkome nie... Hari isnin lepas, mula la si Golam tu mulakan penanaman rumput karpet. Dia mula pepagi kot sebab aku pergi kerjakan hari tu. Dalam pukul 4.30ptg Golam call kata bila aku balik kerja sebab kerja tanam rumput dah settle.. Fuhh cepat pula aku rasa. Hampir pukul 6.00 ptg aku sampai nampak Golam tengah tunggu. So aku tengok ler dulu hasil kerjanya.

Belakang.....

Depan..

Belakang...

Tepii...

Depan...
Rumput karpet nie jenis philipine agar kasar sikit berbanding jenis jepun.Tapi ok jew aku tengok. Rapat rumput nie di tanam. Puas hati aku kali nie. Tak ler ralat keluar duit banyak. Golam cakap untuk 10 hari nie jangan pijak dulu rumput sebab akar tak kuat lagi dan siram 2 hari sekali kalau tak hujan..

Makanya hari ini dah seminggu laman depan aku tak berlalang. Balik rumah jew lapang jew hati huhuhu... Makin menghijau rumput aku nie. Hopefully kekal berterusan ler hendaknya.. Amin




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Camping Sg. Pisang, Gombak

Zaman Bujang Yang Dirindui????