Misi Menawan Chemerong - Berembun - Langsir (CBL) Part 2

Orait sambung Part 2 untuk hari yang ke dua di CBL. Pagi ini bangun awal untuk prepare sarapan pagi dan lunch pack. Bersedia untuk mulakan pendakian ke Puncak Berembun dan seterusnya terus ke Air Terjun Langsir untuk bermalam. Kalau diikutkan maklumat di bawah perjalanan hari ini adalah sepanjang 5,750 meter.


Penat bertanya kengkawan dan mencari gambar di Kem B. Finally dapat pun beberapa keping.

Keadaan di Kem B. Masa nie semua tengah bersiap-siap berkemas.
Abaikan keadaan yang tak menyenangkan

Kalau perasan banyak giler ikan-ikan kat sini.
Anak sungai.. Cetek jew kawasan nie

Hujung sana tempat kami mandi pagi nie coz sana dalam sikit.
Sekitar pukul 9.15 pagi kami memulakan pendakian dari Kem B. Perjalanan akan melalui Kem Y alternatif lain pendaki untuk bermalam selain Kem B. Sepanjang perjalanan sangat memenatkan. Kalau aku entah tau berapa kali berhenti. Team depan memang berjanggut tunggu kami yang dibelakang nie.


Team Belakang

Sempat menyelpiekan diri

Ini masa berhenti beramai-ramai.
Dalam sekitar pukul 12.00 tengahari kami sampai ke Pitstop pertama Pokok Meraga Berlubang. Apa istimewa pokok tu tengok la gambar tu sendiri. Aku nak terang tak tahu sangat.


Taraaaa... Ini ler dia pokok Meraga Berlubang

Boleh muat dua tiga orang tau.
Unikkan pokok tu. Jarang jumpa di tempat-tempat lain, that why dijadikan tempat persinggahan wajib jika pergi ke CBL. Selepas 30minit perjalanan diteruskan untuk menuju ke Puncak Berembun yang masih jauh lagi.

Pendakian diteruskan

Banyak pokok -pokok jenis macam nie

Makin menuju puncak makin banyak jumpa periuk kera.
Yey... sampai sudah di Taman Bonzai 
Sampai sudah di Taman Bonzai sekitar pukul 2.30 petang. Cantik dan sangat bersih kawasan nie. Macam ada orang yang jaga rapi jew tempat nie.


Kawasan sekitar.

Macam biasa melepaskan lelah

Ok tak boleh lama sangat di sini sebab puncak Gunung Berembun semakin hampir. Jalan pun semakin landai dan pokok renek-renek jew. Itu namanya dah semakin menuju puncak. Terus kami ramai-ramai menyanyi lagu menuju puncak walaupun lirik entah ke mana. Hampir pukul 3.00 petang kami sampai ke Puncak Berembun.



Puncak Berembun setinggi 3405 kaki atau sekitar 1051 meter dari aras laut. Nak sampai ke sini bukan main susah makan hampir seharian. Puncak Berembun ni tiada view yang menarik, pokok-pokok jew keliling.

Puncak Berembun tak termasuk yea dalam G7. Tapi tak tahu kenapa banyak sangat kertas G7 kat sini.




Masa tengah rehat-rehat jap Pokpa bagi tahu Kem Site di Langsir dah penuh. Ada geng Cina tak turun hari nie. So setelah berbincang, semua setuju bermalam di Jeram Lesung sahaja. Kalau nak star gazing or tengok sunrise di Langsir kurang 10minit sahaja dari sini. Perjalanan diteruskan sebab hari semakin lewat petang

Laluan turun ke Langsir
Dah sampai puncak kena ler turun kan. Tracking turunnya sangat hanat okey. Curam dan berbatu. Nasib ada laluan bertali. Again gerak sekali tapi tetap ler berpecah. Cam biasa berhenti banyak kali dan selfie huhuhu...


Baru ada yang nak lunch pack petang-petang nie



Selepas hampir sejam berjalan akhirnya jumpa juga anak sungai yang super duper cantik dan jernih. Sah-sah ler kami berhenti. Lagi pun tak tahu nak tuju arah mana dah.






Tengah syok bergambar dan berehat tiba-tiba memerang sekor nie datang. Dah ler mengacau siap bawa perkhabaran kurang gembira pula. Dimaklumkan Kem Jeram Lesung pun penuh. Ah sudah kami nak bermalam kat mana hari nie. Terus pikir tempat yang kami rehat sekarang nie pun agak luas dan cun dengan sungai yang jernih nie. Lagi pun dah dekat sangat dengan Jeram Lesung. Aku dan kengkawan terus gerak ke Langsir nak maklum kat Pokpa pasal keputusan kami nie. Sampai Jeram Lesung ayoooo mati ler tengok air yang jernih dan menghijau mengkome oooiii.. Rasa nak tiruk jew terus.







Ralit seketika di sini terus cari Pokpa di Air Terjun Langsir. Sampai jew sana memang penuh dengan khemah. Camp Site pun tak luas mana. Pokpa dah dapatkan camp site kami di bahagian yang agak curam. Kami bincang balik dengan Pokpa untuk camping saja tempat yang kami cadangan. Pokpa tak setuju sebab dia gigih dapatkan tapak tu dengan menghalau (istilahnya laa) geng-geng cina dari situ. Yela datang ramai lepas tu khemah sorang satu kot makanya memang tak cukup ruang laa.. Nak tak nak terpaksa la setup khemah, fly, hammorck kat situ juga. Mood masing-masing dah ke laut.

Setup ala kadar sebab hari makin lewat petang. Kami masih ada sesi bergambar yang masih belum dilaksanakan. Patah balik semula ke Jeram Lesung. Walupun badan melengas tetap juga sarung baju melayu. Tema raya katanya so ikutkan saja. Semua dah perasan hensem dan kacak apa lagi abadikan kenangan ini. Ada perkara yang tak diingini berlaku menyebabkan sesi bergambar pun agak hambar. So ini jew la yang mampu.



Pilihlah mana pilihan hati hahahaha..


Sempat masak cekodok tepung kat sini. Gigih la bawa bahan, kuali dan dapur sekali. Serius masing-masing laparkan. Enak tak terkata cucur tepung tu. Tapi malangnya nak buat air teh, teh lupa bawa pula huhuhu. Nak patah balik tak ada sapa yang sanggup lagi-lagi bila dah lengkap berbaju melayu.

Enak bangat.

Baju melayu kuning si tukang masak.
Sambung lagi sesi bergambar.




Settel sesi bergambar apa lagi masing-masing tak sabar nak terjun. Tak tahan sangat dah nak tiruk. Kolam yang jernih tu memang dari tadi duk memanggil-manggil. Sejuk giler weh mandi kat sini. Lagi-lagi waktu remang petang nie. Tiada gambar sebab semua 18SX, 18SG dan tiada tontonan umum.


Kira rasa puas mandi tu bersiap-siap balik ke Camp Site. Nak prepare makan malam lagi. Menu hari nie Tom Yam Campur, telur dadar, timun dengan budu dan nasi putih. Puassss..... Habis makan masing-masing dah melingkar bawah fly. Sembang itu ini, nak main UNO tak ada sapa yang berminat sebab semua dah penat. Keadaan Camp Site agak bising dengan geng-geng cina. Sembang macam diorang jew ada kat sana. Tapi tidur malam tu tetap diulit mimpi yang lena.

TAMAT HARI KE DUA


Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak