Misi Menawan Chemerong - Berembun - Langsir (CBL) Part 1

Sebelum semakin pudar dan layu dari ingatan, sebelum jari jemari malas untuk menaip, baik aku segera update kisah perjalanan aku menawan CBL minggu lepas 5 - 7hb Ogos 2016. (Ayat masa mula nak update tapi lama giler dalam draf tak siap2 posting nie)


Perancangan nak pergi CBL nie sangat lama sebelum dapat direalisasikan baru-baru ini. Semua urusan dari permohonan kebenaran pendakian, permit, pengangkutan, ration dan yang berkaitan semuanya atas usaha sendiri iaitu team aku Fellowship Of Daun. Harga sangat murah kalau dibandingkan dengan anjuran orang lain. Segala urusan terus dengan Jabatan Perhutanan Daerah Terengganu Selatan. Sila call person in charge selepas surat permohonan dihantar. Antara tips yang aku nak share untuk pastikan permit korang diluluskan seperti di bawah

  • Permohonan dibuat awal sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh korang nak pergi.
  • Bagi ler sekurang-kurangnya 2 tarikh. Kalau penuh tarikh pilihan pertama masih ada satu lagi backup. Tak ler terus kena reject permohonan korang.
  • Lepas jew surat permohonan dihantar dalam tempoh seminggu pastu korang follow up ler selalu. Biar orang tu muntah hijau dengar suara korang untuk kelulusan permit. Buat sampai lulus yea.
  • Lepas person in charge tu kata lulus korang kena pastikan surat kelulusan tu diemail dengan segera. Macam biasa call jew selalu sampai dapat.

Tanggal 4hb Ogos semua berkumpul di restoran berhampiran LRT Gombak dalam pukul 11mlm. Asalnya 12 orang tapi saat akhir sorang tarik diri. 9 orang dari KL dan 2 lagi dari Kuala Terengganu. Sekitar pukul 12.00am kami bergerak dengan 3 buah kereta. Perancangan asal akan berhenti dan tidur di Masjid Bandar Mukhtafibillah Shah. Tapi malim kami pesan rehat sahaja di RnR Paka. Lebih kurang 4 jam perjalanan sampai di RnR Paka. Masing-masing terus tidur sehingga subuh gajah. Macam biasa kalau tak lewat bukan geng Fellowship of Daun. Pecut kereta dan exit ke Bukit Besi. Singgah kedai makan untuk tapau sarapan dan lunch pack sekali. Memang tak sempat nak sarapan sebab dah lewat sangat. Malim dan member dari Kuala Terengganu dah sampai.

Sempat posing walaupun dah lewat. Ini masa tapau sarapan and lunch pack

Okeyy nak bagi tahu sebelum sampai Bukit Besi cepat-cepat la whatapps or message apa patut sebab coverage sangat la teruk. Nasib masa di Bukit Besi waze masih boleh guna cari jalan ke Hutan Simpan Chemerong. Dalam 46min juga untuk sampai ke sana. Guide kami Pokpa dah sampai lama sampai. Masa nie la baru nak bagi ration, tukar baju, sarapan and macam-macam lagi la. Sekitar pukul 11 pagi baru pendakian dimulakan.



Us.. Fellowship Of Daun... Muka happy sebelum pendakian

Tempat wajib bergambar

Daki mendaki

Pancit memancit

Semput menyemput
Pendakian untuk hari pertama adalah dari pintu masuk Hutan Simpan Chemerong sehingga di Kem Balak iaitu sepanjang 2200meter mengikut papan tanda nie.


Tapi perjalanan sangat sukar dan mencabar. Lagi-lagi untuk aku yang lite2 jew menggunung. Kami dah maklum dan bagi tahu banyak kali kat Pokpa yang kami nie bukannya hiker kental. Pace slow ala-ala siput jalan atas tanah. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam akan jadi 3 jam.

Stop yang keberapa kali tah..

Tempat stop nie best coz ada sumber air. Rehat lama juga di sini.




Sekitar pukul 1.15 ptg kami sampai di Air Terjun Chemerong. Tengok kolam yang jernih giler tu memang buat kami tak keruan. Tapi mengenangkan aku nie tak pandai berenang dan kurang keyakinan makanya setakat tengok jew la. Kawan aku yang memang pandai berenang awal-awal lagi dah terjun.

Hijau giler tapi dalam.... Makan hati dari kejauhan

Macam memerang dua ekor nie. Benci aku tengok.... hahahaha

Kami yang kurang pandai berenang nie naik terus ke atas dengan langkah longlainya sebab masih makan hati tak dapat berendam. Sampai jew hambikkkk view cantik... semua menjerit and teruja-terujaa....

Terkesima aku bila lihat air terjun nie...


Sempat abadikan diri walaupun cam sakai jew aku tu
Bujang terlajak laris.... ke?

Us.. FellowshipofDaun (FOD)
Kami di sini sekitar 30minit sebelum perjalanan ke Kem Balak diteruskan. Perjalanan yang sangat sukar untuk aku yang masih mentah nie. Serius track pacak okey. Dengan beg beratnya, badan beratnya, kaki sakitnya apa 'nya' lagi aku tak tahu dah nak cakap. Setelah berpuluh kali berhenti (ini aku dengan group belakang) Finally sampai di Bukit Taubat yang selalu orang gembar gembur tu..

Memang bertaubat sungguh bila aku nak sampai ke sini. Reaksi syukur teramat sangat..
Berjemaah memengsankan diri bersama-sama
Tak sure semua dah bertaubat ke tak tapi perjalanan tetap diteruskan. Kepacakkan track tak boleh nak kata apa dah. "Slowly but surely no need to struggle" ... eh yeke?

Pacak tak?? Geng belakang...

Alhamdulillah.. akhirnya sekitar hampir pukul 7 petang kami sampai ke Kem Balak. Ada anak sungai yang jernih di sini. Tapi malangnya tak tahu lah kenapa tak pula ada gambar di sini. Cari-cari tak jumpa.. Hanya sekeping sahaja, itu pun keesokan harinya ditangkap.

Kem B stand for Balak.
Hari makin gelap dan hendak hujan. Nak tak nak kena bertindak pantas untuk pasang khemah dan fly. Pecah pada 2 team untuk memasak dan pasang khemah untuk pastikan kerja cepat siap. Settel team pasang fly dan khemah lain-lain tolong mana patut untuk pasukan memasak. Masing-masing dah super duper lapar.

Menu kami malam nie.. Ayam masak kurma, kobis goreng air dan ikan bilis goreng.
Pehhhh... makan tak hingat dunia walaupun nasi agak mentah. Lapar punya pasal semua ditelan. Lepas mandi semua ada sebahagian dah tidur. Penat punya pasal. Yang kami nie masih lagi bersembang dan orang dapur sediakan Popia Goreng.


Sedap nak habak hang, walaupun setakat inti carot jew. Minum dengan teh o panas naik setakuk tahap kesedapan. Dengan perut yang kenyang ditambah dengan bunyi air sungai yang mendamaikan aku tidur dengan lenanya malam nie. Esok cabaran menanti untuk aku tempuhi.

TAMAT HARI PERTAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Camping Sg. Pisang, Gombak