TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 3) Part 1 - Istana Changdeukgung & Secret Garden


Hari ke  3 dibumi Korea 1hb November 2015 (Ahad). Selepas sarapan roti dan air yang disediakan di GH kami segera keluar untuk menuju ke Anguk Station. Kali ini ingin melihat keindahan Istana Changdeukgung dan Secret Garden. Bila dah masuk satu Istana tu tak perlu masuk istana-istana yang lain yang ada di Seoul nie melainkan korang memang duduk sebulan kat Korea. Sebelum nie aku dah masuk Istana Geongbukgong dan kali ini aku pilih Changdeukgung bersekali dengan Secret Garden.

Sampai Anguk Station keluar pintu 3 dan jalan jew terus sampai nampak istana disebelah kanan. Dalam pukul 10 juga orang masih belum ramai. Terus ke kaunter dan beli tiket masuk dalam 3k won. Disebabkan aku nak masuk Secret Garden makanya kena tambah lagi 5k won. Nak masuk Secret Garden ada masa tertentu sahaja dan tak boleh masuk suka hati tanpa Guide yang ditetapkan. Aku pilih pukul 11.30am dengan Guide dalam bahasa Inggeris.

Tiket masuk sekali ke Secret Gaeden. Nak masuk tanpa Secret Garden pun tak apa tapi tak boleh nak masuk Secret Gaeden tanpa tiket masuk. Paham tak?? huhuhu


Selamat Datang.... 











Selepas lebih kurang tengok sekitar istana aku kena cepat-cepat tuju ke arah Secret Garden. 11.30am untuk masuk ke sana. Nanti tertinggal Guide tak boleh masuk pulak.

Ramai yang sedang tunggu

Pintu masuk ke Secret Garden
Tiba-tiba masa menunggu tu ada satu pengumuman. Diorang benarkan masuk tanpa follow guide yang disediakan. Sapa nak guide tunggu tepi dan yang tak nak boleh terus masuk. Aku terus jew masuk nak tunggu guide dan follow nie susah. Apa yang aku nampak sepanjang berada di dalam Secret Garden, taman nie sangat cantik dan burung memang asyik berkicau jew. Nyaman sangat. Tapi malang bagi aku yang daunnya masih belum tukar ke kuning sepenuhnya. Kali ini sejuk datang lambat ke Seoul that why banyak daun yang masih belum tukar.









Ini lah kawasan Pavillion yang menjadi attraction utama Secret Garden. Cantik tapi kalau daun tukar warna merah 10 ganda lagi kecantikkannya. Sebab aku malas nak edit2 gambar biar jew la gambar begite.
















Ini student U. Aku rasa diorang dari art course sebab tengak lukis gambar-gambar dalam Secret Garden nie. Serius sangat cantik lukisan diorang.


















Gambar-gambar kat tembok-tembok batu tu jalan keluar dari Secret Garden dan Palace. Next destination Bukchon Hanok Village.

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall