Posts

Showing posts from 2016

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 6) Jeju Island : SeongsanIlchulbong - Seopjikoji - Oedolgae Rock (외돌개(제주)) (Part 3)

Image
Jenuh wehh aku nak menghabiskan travellong Korea nie. Nak stop rugi pulak rasanya. Tak ada memory pula nanti. Moh sambung Part 3 untuk hari ke 6. Kalau diikutkan dari Seopjikoji aku nak terus ke Yongmeori Coast. Tapi perjalanan jauh sangat lebih 4 jam. Kalau gigih pergi pun tak tentu lagi dapat turun sebab bila air pasang jangan harap laa kita dibenarkan turun ke bawah. Nie gambar kenangan aku masa pergi tahun 2014 dulu. Cantik weh sini.. Dengan Geng KeKoreaKeKita 2014 Nampak tak??? Bukan perut aku tu tapi layer2 batu kat belakang tu Nie ler awek Korea yang nak ngorat aku tu. Hopefully dia masih ingat kat aku nie... huhuhu Last aku decided pergi Oedolgae Rock  sahaja. Kurang lebih 2 jam perjalanan dari Seopjikoji. Apa istimewa tempat nie? Hmmmm aku rasa sebab batu seketul tu kot. Tapi tempat nie memang cantik ler. Lagi la merupakan salah satu lokasi cerita drama popular Korea tahun 2003 Jewel in The Palace. Alah cerita masak-masak istana tu. Aku pun layan juga

Antara Aku, Lalang dan Rumput...

Image
Boleh bagi tajuk macam itu?? Hahahaha.. Kena story mory juga kisah nie dalam blog sebagai catatan kenangan huhuhu.. Aku lately jarang juga balik rumah kat Shah Alam nie sebab rasa jauh betol dengan tempat kerja. Makanya rumah nie agak tak terjaga dan terbiar. Lagi-lagi ler laman luar rumah aku nie... Masa nak beli gigih lah nak tanah lebih. Nasib lah dapat end lot kalau conner lot tak tahu la apa jadi lagi... So tengok ler laman aku yang permai nie... Depan rumah....  Tanah tepi... Belakang rumah.... Nampak teruk giler kan?? Teruk sangat-sangat sampai boleh nampak sang kancil.. huhuhu.. Lalang lagi tinggi dari aku tau. Last tak salah potong rumput 6 bulan lepas. Adoii tak tahu ler jiran keliling cakap apa. Tapi dalam group whatapp senyap jew.. krik krik krik.... Bila masuk rumah bahagian dapur ya ampunnn.. debunga lalang penuh dalam rumah. Nampakkan yang lalang dah masuk celah-celah tingkap dapur tu....Tengok cam gini jadi kat rumah, aku stress and sedih le

TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 6) Jeju Island : SeongsanIlchulbong - Seopjikoji - Oedolgae Rock (Part 2)

Image
Dari Seongsan Ilchulbong ke Seopjikoji tak jauh mana pun kalau memandu, lebih kurang 30minit sahaja. Seopjikoji aku tak pernah pergi lagi. Dulu tak sempat singgah sini. Makanya ini merupakan destinasi wajib kali nie untuk aku kunjungi. Merembes kot tengok orang lain pergi dengan gambar yang super ohsem. Sumpah... datang ke sini sangat-sangat berbaloi. View tepi laut yang sangat cantik. Aku teruja gila dengan pemandangan di sini. Layan jew la gambar yek.. Nak cerita panjang tak ada idea dah.. Tak puas aku merenung ciptaan Allah nie.. Dari kejauhan nampak rumah api nie.. So terpaksa bergigihan naik tangga...:( Kaki sakit tetap juga menapak ke rumah api Berenti sat semput and sakit kaki huhuhu Berjaya... snap2 Snap-snap (baca dlm nada lagu knock2) Ini ke yek Church yang famous tu??? Aku cari tak jumpa pulak.. Nampak rumah gegula & bebiskut nie jew Nampak couple nie jalan terus dapat idea... Ala-a