Trip Probolinggo - Banyuwangi - Surabaya (Part 1)

As Salam

Baru sahaja pulang dari trip singkat ke kepulauan Jawa Timur malam tadi. Sampai di KLIA 2 dalam pukul 1 pagi dan hari ini sedang bekerja dengan gigihnya. Banyak sangat urusan yang perlu aku settlekan sebelum bercuti panjang lagi minggu ini. Gigih nak taip dalam blog dengan segera takut jadi macam trip ke Bali, Lopuri, Singapore, Krabi, Phuket, Hatyai dan Guangzhou. Langsung tak catit atau buat travelog sebagai kenangan. Sangat rugi aku rasa sebab memory tu go away begitu sahaja.

Ok overall percutian kali ini sangat ler berbaloi. Puas hati melihat pemandangan yang sangat indah di sana dari melihat sunset di Penanjakan 1, mendaki gunung Bromo, savannah, pasir berbisik, kawah Ijen dan air terjun Mandakaripura. Selain itu ofcoz dapat spend time together with my friends. Route yang kami ambil seperti di bawah nie


Dari Surabaya ke Probolinggo untuk melihat sunset di Penanjakan 1, mendaki Gunung Bromo sambil menaiki kuda, menyelusuri Savannah dan Pasir Berbisik. Perjalanan ke sana dari Surabaya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.


View dari Penanjakan 1

View dari Bukit Dingklik


Kemudian ke Banyuwangi selama hampir 8 jam di dalam kereta. Misi mendaki ke kawah Ijen melihat Blue Fire dan danau di sana. 

Blue Fire 

Pemandangan ketika turun selepas melihat Blue Fire di Kawah Ijen

Settle segalanya di Banyuwangi kembali ke Probolinggo melihat air Terjun Madakaripura dan shoot kembali ke Surabaya.

Air terjun Mandakaripura

Amacam.... jauh bangat perjalanannya kan? Kalau diikutkan trip nie tempat attraction ialah di Probolinggo dan Banyuwangi. Tapi Surabaya yang dapat nama coz airport utama di sana. Bagi aku Surabaya tiada apa-apa pun.

Kami menggunakan perkhidmatan Pranoto Didik sepanjang hari di sana. Perkhidmatan yang diberikan tersangat ler bebaloi dengan harga diberikan. Sampai aku dan kawan aku pikir macam mana ler dia nak untung. Yela pengangkutan, tempat tinggal dan semua makanan kami  dari sarapan hingga makan malam dibayarnya. Sebab itu ler Didik ni tengah popular dengan traveler rakyat Malaysia yang ingin pergi melancong di Jawa Timur. Recommended. That why ler Didik cerita yang dia nie tiba-tiba selalu orang nak guna sedangkan sebelum nie seminggu sekali sahaja dapat orang. Ini link ke Fb Pranoto Didik

Selain itu juga kalau diperhatikan laluan kami nie agak jauh iaitu sehingga ke Banyuwangi. Kalau perasan map di atas Banyuwangi sebelah Bali sahaja. So bagi yang berhajat sehingga Kawah Ijen di Bayunwangi disarankan seperti yang dimaklumkan oleh Didik elok ambik road Fly ke Surabaya - Probolinggo - Banyuwangi - dan balik ke Malaysia ikut Bali. Jimat masa dari pulang semula ke Surabaya yang tak ada apa-apa tu.

Detail sepanjang aku di sana next entry. Hopefully dapat siap sebelum aku ke Korea. 

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall