Throwback Bangkok - Lopburi - Ayuthaya - Hatyai Part 1

Boleh dah hampir setahun baru aku nak gigih cerita trip nie? 1stnya sebab aku malas 2nd sebab aku malas 3rd pun sebab aku malas gak. Huhu mana taknya 2 tahun senyap tanpa posting apa-apa. Nasib password masih aku ingat hik3. Overall 2 tahun tu aku dah banyak gak pergi ke Guangzhou, Phuket, Krabi, Singapore, and S. Korea. Sah2 trip tu takkan aku cerita dah coz dah tak ingat sangat. Baik skip jew. Makanya aku akan ceritakan pasal trip ini dan ke Bali sahaja. Itu pun yang basic2 yang masih ingat dibenak hati dan kepala ku ini.

Orait tak payah bebel panjang, aku join trip nie sebab kawan aku seorang nie teringin sangat nak tengok munger2 matahari kat Lopburi. 24hb Dis 2014 bersama 7orang rakan yg dah lama kenal dan baru nak kenal bertolak dari KLIA ke Suvarnabumi Airport, Bangkok pukul 1030 pm naik Royal Jordanian. Flite nie buat promotion ke Bangkok dalam RM190 lebih murah dari AA. Rasanya flite nie akan transit ke Bangkok sebelum fly ke Mekah or Madinah sebab aku nampak ramai yang pakai ihram. Jujurnya berbaloi sangat kot naik flite nie coz besar and rate sekali makanan okey. Then arrival kat Suvarnabumi Airport bukan Airport tambang murah dekat Bangkok tu. Aku buat perangai village people coz rompak bantal dalam flite. Ya ampun.. Tapi banyak jasa bantal nie kat aku walaupun berbakul2 kena kutuk dengan kawan huhu. Last2 dia juga guna hahahaha. (Insaf aku takkan buat lagi)

Warna kelabu gelap. Selesa sahaja macam naik MAS
Ini makanan yang diorang serve kat kami. Sedap semuanya lagi-lagi Kek tu
Nie bantal yang aku rompak. Banyak jasanya sepanjang trip nie


Sampai dalam pukul 1145pm lepak di airport till pukul 3.30am. Dekat sana lengkap juga dengan Wifi, tempat charger Hp. Sempat kawan aku beli sim sana untuk calling dan berinternet. Aku bayar dia sikit coz nak kongsi internet beliau. Dekat pukul 3.00am masing-masing cuci muka dan buat apa-apa patut sebelum tahan teksi ke Hua Lampong Train Station. Dekat 30min juga nak ke sana. Kami kena kejar train terawal ke Lobpuri pukul 4.15am. Alhamdulillah sempat sampai sebelum waktunya dan kami beli tiket ke Lopburi 3rd class dengan bayaran hanya kurang rm2. Sangat-sangat murah dengan perjalanan hampir 2.5jam. Masa dalam train nie ler aku tau rumah kat kampung dah naik air kes banjir teruk baru nie. Kalau gigih aku cite detail naaa..

Ini keadaan dalam train third class yang kami naik. 80an sangat tapi selesa.

Sepanjang perjalanan tu aku lelap mata sekejap-sekejap sahaja, nasib ada bantal hasil rompakkan. Sampai dalam pukul 7.00am. Perut masing-masing dah lapar. Kawan aku ada baca review satu kedai makanan halal kat belakang stesen keretapi tu. Kena cross rail keretapi dan jalan dalam 5min. Detail nak pergi tu memang aku tak ingat. Kami semua order nasi + ayam. Nasinya warna kuning serupa nasi ayam. Bila makan fuuhhh terangkat sedap siooot. Sambal hijau yg dia bagi sampai sekarang semua duk teringat-ingat. Dah ler murah giler sekali air dalam rm3 jew. 

Yey dah sampai Lopburi. Snap2 pic atas landasan. Bukan senang nak dapat

Ok tujuan pic nie nak bagi tau kena seberang rail keretapi nie untuk cari restoran tu naa..

Tadaaa... Nasib terjumpa pic nie. Sedap wehhh terasa2 pula tetiba huhuh
Lepas perut kekenyangan kena cari pickup nak ke sunflower farm. Untuk perkataan cari tu kurang tepat kot sebab diorang yang cari dan mengendeng-gendeng kami. Mulanya beliau bagi rate yang agak mahal (aku lupa berapa sebab ada baca kalau rate harga lebih dari sekian-sekian kira mahal). Dia nie ekor kami dari stesen keretapi ke tempat makan tau. Setelah berbincang dengan harga last yang ditawarkan kami ambil ler beliau itu. Kesian pun yea juga gigih membuntuti kami. Sampai jew pickup semua sumbat belakang dan letak beg kat depan. Epic giler kot naik pickup 7 org kat belakang sampai sakit-sakit kaki. Memang aku ingat sampai skrg memory tu. 
Ini ler pickup kami

Tak lepas peluang atas tu ambik gambar

Nampak tak sendat kat belakang tu

Happy jew sebab cuaca sejuk
Perjalanan nak ke farm sunflower ambil masa dalam 30 minit sahaja. Cuaca sejuk and berangin. Driver pickup bawa kami ke farm yg masih banyak bunganya. Tempat yang kawan aku nak pergi sunflower dah layu dan diorang dah tuai buat kuaci agaknya. Sampai jew farm yg pompuan semua menjerit happy sangat ler tu tengok munger2 yg kekuningan. Aku layankan jew lah sekali. Bucklist diorang kena follow dan memang bukan senang nak tengak pemandangan sebegini hanya bulan Disember sahaja di Lopburi.  Puas ler tangkap gambar, berselfie and wefie semua. Baju habis kuning2 kena debunga menyesal pula pakai baju gelap. Ada dekat 2 3 farm sunflower kami pergi sebelum semua puas. Singgah jap beli ler kuaci utk makan2. Cam biasa aku nampak gerai jual air teh ais aka char yen wajib beli. Next kami kembali ke Lopburi stesen utk bergerak ke Ayuthaya.







Kami disini...
Tapi sebelum sampai ke sana driver pickup singgahkan kami sebentar ke satu Wat (Candi) di pekan Lopburi yang penuh dengan monyet. Serius aku lupa nama Wat nie. Ya tuhaan sangat banyak okey monyetnya. Monyet nie ibarat binatang suci disini dan memang dibiar bebas di kawasan sekitar. Kami tak masuk pun ke dalam tapi monyet memang datang sebab kat tangan ada makanan. Habis dirampas makanan kami... giler keji monyet tersebut. Habis air Char yen aku tau. Paling tak boleh blah ada seekor monyet nie lompat kat belakang aku. Nasib ler aku tak gelabah sangat dan dapat cover macho hahahaha. Peringatan okey bagi sesapa yang singgah di sini pastikan tidak membawa beg, makanan, atau apa-apa barang yang boleh dirompak oleh monyet-monyet tersebut. 

Tak lama kami disini dalam 15minit sahaja sebelum bergerak ke stesen keretapi. Nasib ler keretapi masih belum sampai. Ada masa 30min sebelum bergerak ke destinasi Ayuthaya.

Comments

Popular posts from this blog

Gigi Ooooh Gigi..........

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall