Posts

Showing posts from August, 2011

Edisi Iftar 2011 : Geng Forum

Image
Tarikh : 6hb Ogos 2011 Kali nie laporan edisi iftar tertunggak diteruskan.... bersama dengan kawan forum Kupu2Siang dan QGajus QueAdams... Lain-lain tak de huhuhuhu... Untuk kali nie tiada laporan bergambar yang dapat dibuat berikutan tiada kepentingan. Janji nak jumpa kat LRT Hang Tuah pukul 2.30 petang. Aku lewat dalam seminit si QGajus dan Kuo dah sampai pun. Terus pi TimeSquare nak jenjalan jap sebelum berbuka. Gegeh si Que cari satu tempat kononnya rahsia ler kata kat aku. Rupanya ajak main boling jew.. haaaah klu bagi tau aku awal2 dah lama tempat boling jumpa derrr.. Rahsia ler sgt. Hari nie leh tahan mahal gak satu game RM7 tak termasuk kasut and stokin lagi. Ambik 1 game jew dulu takut masing2 tak larat. Game pertama Que konon menunjukkan kehandalan... Ada ler yang strike satu dua... bangga tahap cipan.. Nampak keriakan kat muka dia yg tak pe2 tu.. Kekup katanya 1st taim main baling pun ala2 latok gak ler. Nak cari bola ringan xde huhuhu.. Aku tak pe kena rini main asyik j

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

Image
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang di

Edisi Toyak Lebat : Mana Mak??

Image
Ok aku dapat email pasal cerita nie dari MySarah.... So nak share dengan korang kisah sedih nie bha. Bergenang air mata... Saya sudah bergenang air mata anda bagaimana??? huhuhu.. Layan Jam 6.30 petang. Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Ja

Edisi Iftar 2011 : Geng UTM

Image
Tarikh : 3hb Ogos 2011 Hehehehehe....... baru sekarang aku nak cite dalam blog... huhuhu malas sioot skrg nie wat benda alah nie. Tapi aku gigih gak sebab nak wat kenangan. Untuk permulaan Iftar bulan puasa bagi tahun nie aku mula dengan geng UTM. Maklum ler puasa ke tiga masih ada paper exam yang tak habis lagi. So lepas habis petang tu kami memang rancang nak buka bersama. Bukan semua yang dapat datang Ani ngan Jalil gagal menhadirkan diri di Iftar kali ini. huhuhuh. Ok Iftar kali nie dikepalai oleh Mat and Jaja yang gigih berusaha bagi menjayakan majlis ini dengan penuh gilang gemilang.. Persiapan membooking dewan dan mengedarkan kad jemputan khas kepada tetamu yang hadir telah dilakukan dengan penuh dedikasi. Hasil temu ramah, Jaja dan Mat berasa sungguh berdebar2 dengan sambutan yang akan diberikan oleh tetamu jemputan.. Mereka merasakan task untuk membuat majlis Iftar kali ini sangat memberi tekanan yang tinggi namun di terima dengan penuh keredhooan. Sekali lagi pihak peng

Jom Layan Lawak Taim Puasa Nie

Image
Berikutan tahap kemalasan yang melampau untuk aku update blog aku nie.. So aku tepekkan jew lawak2 majalah yang aku dapat dari email nie.. huuhuhu... Layankan saja..

Welcome My 6 Niece...

Image
Wah.... cam betoi jew sepiking london aku tu hahahaha........ tetiba gigih nak mengpostingkan diri dalam blog jap sedangkan dah lama xde posting baru... malas katakan huhuhuh.... Bukan pe aku baru jew dapat anak sedara no 6 sebelum buka pose tadi... yeeeehuuuuu... Kakak aku no 2.. Norsila selamat melahirkan baby pompuan seberat 2.2kg.. Ringan gak kan.. Akhirnya... dapat pun anak pompuan yek Nyah... Anak no 2 dulu konon Dr cakap pompuan gigih beli baru warna pink tup2 kuar de batang bha... opsss huhuhuhu... Apa2 pun baby pompuan yang tak tau nama lagi nie lahir awal 2 minggu dari tarikh yang dijangka.. klu ikutkan dalam 3 4 hari sebelum raya akan lahir. Agakya baby nie nak sambut Ramadhan awal2 kot.. Dalam kul 7 aku dapat msg dapat dari Kak Sulong yang Nyah aku dah bersalin.. Agak2 terkezut gak ngan berita tu. pastu.. Kak Ana aku kat kg call plak sahkan.. Duk cerita ler yg kisahnya Nyah aku bila pi hospital Dr cakap suh balik sebab tak terbuka lagi.. pas tu gigih pergi balik hospita

Salam Ramadhan...

Image
Alhamdulillah dah masuk 1 Ramadhan pun huhuhuh... Apa mengkome sahur semalam wehh??????? Aku dalam kul 4.00 pagi dah bangun sedangkan kunci jam kul 5.00 pagi. Memang gigih untuk hari pertama heheheheh. Rini aku sahur conflake with susu, milo panas and roti seketull... nyam2.. Cam biasa penutup sahur aku mesti ler segelas air masak.. Selawat 3 kali sambil niat puasa hari nie takde lapar and dahaga. Itu jew yang aku amalkan sejak sekolah lagi. Alhamdulillah berkesan jew petua tu. Jarang sangat aku lapar and dahaga. Hari nie aku cuti huhhu... masuk kerja balik hari khamis nnt. Ada exam yang masih tak habis bha... paper Pengenalan Sosiologi Industri and Advanced English For Academic Communication . Dah nak siap pi library nie coz tak baca apa lagi untuk Sosiologi Industri esok. Maklum ler baru balik kampung.huhuhu... Ok selamat berpuasa semua... rebut2 ler pahala untuk bulan Ramadhan nie huhuhu.. nasihat untuk diri aku gak nie.. ahaks..